Monday, June 10, 2013

on Leave a Comment

Revolusi permainan video

  1.  ATARI 2006 - Merupakan konsol permainan video tertua yang pernah dihasilkan. Kayu-ria( Joystick) yang digunakan adalah berbentuk sebatang kayu  yang akan digerakkan oleh pemain bagi mengarahkan imej permainan di dalam video. Menggunakan mikropemproses berasaskan perkakas dan juga Read-Only-Memory Kartrij. ATARI ini dihasilkan dalam tahun 1977 dan kini generasi yang pernah lahir pada zaman ini telah pun berusia hampir 50 tahun. (Kategori penggemar permainan video biasanya dalam lingkungan 10 tahun ke atas pada waktu itu dan juga sekarang)
 SPACE INVADER adalah permainan video yang sinonim dengan ATARI. Data yang digunakan bagi pergerakan imej objek adalah data analog, sama seperti kalkulator pada waktu tersebut. Walaupun permainan video seperti ini tidak lagi mendapat perhatian penggemar permainan video, namun permainan video inilah yang mencetuskan revolusi permainan-permainan video yang seterusnya.
2. TV GAME - Generasi konsol permainan video selepas ATARI. Dihasilkan sekitar penghujung tahun 80-an. Konsol ini juga seperti ATARI 2006 iaitu menggunakan kartrij berbentuk cassette tape dan mempunyai lebih banyak pilihan permainan video berbanding ATARI 2006. Data adalah lebih berbentuk digital iaitu penggunaan joystick yang menghantar data secara digital bagi mengarahkan imej di dalam video.
 MARIO BROS adalah permainan video yang sinonim dengan konsol TV GAME ini.
 3. SEGA- Konsol ini mempunyai ciri gerakan dan dimensi objek yang lebih canggih. Juga lebih maju dari segi imej grafik.
 SEGA SONIC merupakan permainan video yang sinonim dengan konsol permainan video SEGA.
 4. SUPER NINTENDO - Konsol ini lebih maju berbanding SEGA. Grafik dan permainan adalah lebih memuaskan.
 DRAGON BALL Z adalah salah satu permainan video yang popular menggunakan konsol Super Nintendo ini.
 5. PLAYSTATION ONE (PS ONE) - Revolusi dari permainan video yang menggunakan kartrij kepada CD-ROM. Grafik yang sangat maju dan pencetus kepada penghasilan Playstation yang seterusnya.
 TEKKEN adalah antara permainan video yang popular oleh PS ONE.
 6. PLAYSTATION TWO - Generasi konsol selepas PS ONE. Mempunyai paparan imej grafik yang lebih tajam berbanding PS ONE. Playstation merupakan pesaing konsol-konsol permainan video terkenal yang lain seperti Nintendo Wii dan X-Box keluaran Microsoft.
 7. PLAYSTATION THREE - Generasi selepas PS TWO. Salah satu permainan video yang terkenal adalah GOD OF WAR 3. Walaupun grafiknya lebih maju berbanding PS TWO, namun grafik di dalamnya adalah bersamaan dengan PLAYSTATION PROTABLE (PSP) yang telah dinaiktarafkan. (upgrade). Inilah kelebihan PSP yang akan diterangkan nanti.

PERMAINAN VIDEO MUDAH ALIH (PORTABLE)

 1. Gameboy - Pengeluarnya adalah NINTENDO. Ciri terawal adalah imej tanpa warna iaitu hitam putih sahaja. Menggunakan kartij mini yang dipasang secara disisip di bahagian belakang Gameboy ini.
 2. Gameboy (COLOR) - Mempunyai warna. Dihasilkan sekitar tahun 1996-1997.
3. Playstation (PORTABLE)- Inilah Playstation mudah alih yang diterangkan sebelum ini. Paparan imej objek di dalam PSP model PSP 2000 sebagai contoh, adalah sama seperti imej di dalam Playstation 3 setelah PSP ini di'upgrade' versi software nya. Contoh grafik permainan yang sama adalah seperti GOD OF WAR 3.

0 comments:

Post a Comment

busuk

Powered by Blogger.

Followers