Thursday, June 20, 2013

on Leave a Comment

Berapakah Ketinggian Nabi Adam A.S

Pasti kita tertanya-tanya berapakah ketinggian saiz Nabi Adam a.s atau lebih tepat lagi moyang kepada moyang-moyang kita. Yang pasti kewujudan Nabi Adam A.S adalah permulaan kepada tamadun kehidupan manusia di bumi ini. Gambar-gambar berikut ini diambil di Arab Saudi di mana mereka mengkaji bagaimana saiz ukuran sebenar Nabi Adam A.S.
Sabda Rasulullah SAW :
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”  (HR. Bukhairi).  Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
ketinggian_nabi
Gambaran ketinggian Nabi Adam A.S
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72cm.  Oleh yang demikian,  tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter.  Dianggarkan ketinggian baginda hampir mencapai 30 meter.
Lihatlah replika baju Nabi Adam a.s di bawah ini. Usaha untuk memperlihatkan kepada orang awam tentang ketinggian Nabi Adam, maka kerajaan Arab Saudi  mempamerkan baju yang panjangnya  29 meter dan lebar 9 meter di Jeddah.  Proses menjahit baju khas ini memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya.
gambaran_tggi_nabi
Menjadi tumpuan orang awam untuk melihat ketinggian sebenar Nabi Adam
besar1
gambaran_tggi_nabi
Replika ini dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
Para saintis Amerika Syarikat telah membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang sebelum ini didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.  Namun, daripada kajian yang dilakukan itu  bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka di mana salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan yang diawet.
Oleh itu, walau setinggi-tinggi mana pun manusia itu, segagah-gagah manusia atau sebesar-sebesar mana manusia, perlu diingat bahawa raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.  Renungkanlah…

0 comments:

Post a Comment

busuk

Powered by Blogger.

Followers