Baiklah, dulu ramai
orang request supaya saya buat artikel mengenai kepulauan Spartly, bukan
saya tidak mahu buat cuma masih banyak maklumat yang saya sedang
kumpulkan tetapi akhirnya malas pula nak simpan lama-lama, jadi saya
tembak jugalah keluar.
Dua kali saya terlepas trip ke Pulau Layang-layang untuk melawat pengkalan kita yang paling ke hadapan.
Sekali masa 2011 dahulu, di mana rombongan saya tidak mendapat
perlepasan dari Kementerian Pertahanan akibat ada bantahan dari China.
Kedua baru-baru ini apabila trip bersama pejabat Menteri Pertahanan
dibatalkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat
hadiah dari China iaitu sepasang beruang “Panda” pada pertengahan bulan Jun lepas semasa lawatan rasminya ke China.
Pemberian Panda ini merupakan satu signifikan yang penting dalam hubungan persahabatan di antara Malaysia dengan China.
China ini, kalau dia sudah bagi beruang Panda, maknanya oklah tu.
Oleh kerana China sudah menghadiahkan beruang Panda, maka ada harapan untuk Malaysia menyelesaikan masalah tuntutan Spartly dengan China.
Cuma tinggal Vietnam dan Filiphina sahaja, Filiphina ini kira oklah lagi
pasal tenteranya lemah tetapi negara ini ibarat api dalam sekam,
Vietnam pula ada potensi untuk bertindak ganas.
Anda semua pasti ingat dalam artikel saya yang lepas di mana satu
tragedi telah berlaku pada 14 Mac 1988 dulu, di mana habis askar Vietnam
mati ditembak sehingga berkecai-kecai kepala dan putus-putus badan oleh
mesingan kaliber besar milik tentera laut China.
Apa pun kita sebagai pembaca harus kaji insiden tersebut, China dengan
Vietnam ini memang seteru lama dan pernah berperang pada 1979 dalam satu
peristiwa yang digelarPerang Sino-Vietnam.
Dalam peperangan pendek tersebut, tentera Vietnam teruk “ditibai” oleh
China tetapi dari segi objektif, China sebenarnya tewas kerana gagal
mendapat wilayah yang dikehendaki mereka disamping itu tidak berjaya
menekan Vietnam keluar dari Kemboja.
Bagi saya kisah batasan negara di Kepulauan Spartly ini lebih hebat dari
mana-mana cerita aksi yang pernah saya dengar, ia umpama Perang Dingin
di antara Amerika Syarikat(AS) dan Soviet Union.
Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.
Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung
kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk
menguasai kawasan itu.
Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas
(RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa
itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.
Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia
juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki
Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.
Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum
dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk
memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan
diharung taufan dan hujan lebat.
Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina
oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh
helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan
selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di
tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.
Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.
Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul
ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di
Sabah mahupun Sarawak.
Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau
“barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.
Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa
melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.
Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran
tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan
Indonesia.
Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa
segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka
beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru
diarahkan, komando Singapura berundur.
Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa
teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando
Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa
yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi
oleh kapal perang.
Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.
INSIDEN DI STESYEN LIMA
Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil.
Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau,
silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah
diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan
meriam.
Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.
Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan
asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan
bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi
tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.
Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan
stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka
dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap
diambil.
KEMATIAN MISTERI ANGGOTA TLDM
Ada satu misteri yang timbul, sepanjang kajian saya mengenai Stesyen
Lima ini saya ada terhidu kematian seorang anggota TLDM di situ.
Ada macam-macam versi, ada yang katanya, beliau mati dengan kesan kelar
di leher dan ada juga yag berkata, beliau mati akibat ditembak.
Jenazah beliau dibawa keluar oleh helikopter Nuri.
Tarikh kejadian tidaklah diketahui tetapi ia mungkin terjadi antara 80an
dan 90an dan perbuatan tersebut paling hampir secara teorinya dibuat
oleh komando Vietnam tetapi entahlah, kepada sesiapa bekas tentera yang
tahu cerita ini, bolehlah mengutarakan kisah sebenar di ruang komen.
RUMAH HANTU DI STESYEN LIMA
Mengikut sahabat saya, Kolonel Josey yang pernah tinggal selama beberapa
hari di Stesyen Lima memberitahu, dahulu ada satu rumah papan dibina di
hujung landasan.
Tujuan rumah itu dibina tidaklah diketahui tetapi askar-askar kita
sering menembak ke arah rumah itu sebagai “target practise” apabila
kebosanan tahap maksimun melanda.
Yang anehnya, ada saksi yang melihat, TOK LEBAI pakai Serban selalu
berkunjung ke rumah tersebut dan hilang, rumah itu bagaimanapun rasanya
sudah tidak ada lagi.
IMPAK KEPULAUAN SPARTLY
So far belum ada mana-mana negara yang mampu menentang China.
Negara paling ok pun Malaysialah…kalau kita lihat seluruh kekuatan udara
dan laut kita diguna untuk mengawal dan meningkat kuasa tempur kita di
laut.
Dalam kesemua negara di Asia Tenggara ini, aset-aset milik ATM banyak
dikhususkan untuk peperangan maritim dan Malaysia merupakan satu-satunya
negara yang mempunyai pesawat-pesawat maritime strike yang berdedikasi
seperti F18 Hornet sebanyak lapan buah.….dan
jika perkhabaran yang saya terima ini tepat, pesawat-pesawat baru yang
bakal dibeli untuk TUDM mungkin dari Thypoon dan Rafale akan
dioptimunkan untuk serangan maritime.
Ada orang kata mustahil untuk kita menentang China, ya mungkin jika kita buat kajian ke atas peperangan Falklands.
Argentina negara yang kuat tetapi akhirnya tewas kepada armada laut
British yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan terpaksa belayar
beratus-ratus kilometer dari United Kingdom.
Argentina sendiri tewas akibat masalah dalaman, tekanan politik dan ekonominya yang sedang runtuh.
Kalau kita lihat, British tidaklah menyerang dan mengebom Argentina malahan konflik banyak berkisar di perairan Falkland sahaja.
Saya sendiri tidak rasa ruang udara Semenanjung Malaysia akan dihujani
dengan peluru berpandu atau kita akan lihat pesawat-pesawat pengebom
China terbang di atas ruang udara Putrajaya.