Sunday, April 9, 2017

on Leave a Comment

Matahari Buatan Manusia Terbesar Di Dunia Ini Bakal Dinyalakan

Tidak lama lagi, para saintis di Jerman ini akan menyalakan matahari buatan manusia terbesar di dunia yang pertama dicipta.
Eksperimen yang dinamakan Synlight ini dilengkapi dengan 149 unit lampu dengan suhu setiap lampu kira-kira 300 darjah Celcius bertujuan untuk menghasilkan bahan bakar yang lebih mesra alam. Menurut pengarah di Pusat Antariksa Jerman Benard Hoffschmidt, seseorang itu boleh hangus terbakar jika berada dibawah cahaya matahari berkenaan.
Matahari buatan manusia ini dikatakan antara matahari terbesar di dunia yang pernah dicipta oleh manusia, dengan sinar radiasi 10 kali ganda lebih besar daripada pancaran matahari.
on Leave a Comment

“Cara Mudah Cari Berlian Ialah Di Bawah Pokok Pandan” – Ahli Geologi

Semua orang tahu berlian adalah batu perhiasan yang punyai nilai yang sangat tinggi. Tidak semua orang mampu untuk memiliki berlian kerana harganya yang terlampau mahal.

Seorang ahli geologi, Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbaru memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan.
Menurutnya, berlian biasanya tersembunyi dibawah tanaman ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh didalam dasar tanah dan akan naik ke permukaan oleh kesan volcanic. Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang disebut sebagai kimberlite.

Contoh Rupa Batu Kimberlite

Menariknya, pokok pandan biasanya tumbuh dikawasan yang ada banyak batu kimberlite ini. Dan tak hairan kalau ramai orang cari pokok pandan demi berlian!
   

Video dibawah berkongsikan cerita ringkas tentang penemuan baru ini:

busuk

Powered by Blogger.

Followers