Monday, July 29, 2013

on Leave a Comment

Puasa di era 90-an

26 Jul - Ramadan bulan ibadah dan setiap amal akan digandakan pahalanya. Tapi jika anda membesar di era 90-an, Ramadan juga sentiasa mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak anda... di mana puasa anda sentiasa dimeriahkan lagi dengan perkara-perkara berikut:
Drama "RUMAH KEDAI"
Drama bersiri 30 episod "Rumah Kedai" merupakan sebuah drama bersiri yang disiarkan sejak tahun 1988 selama beberapa musim, berkisar di sekitar sebuah rumah kedai milik Pak Halim (lakonan Yusof Mohamad). Drama ini juga dilakonkan oleh Kartina Aziz sebagai Mak Lijah, Sukiro Sukirman sebagai Tapa dan Harun Salim Bacik sebagai Remy. Antara isu-isu yang diutarakan dalam setiap episod termasuklah moral, keagamaan, politik dan juga keluarga.
Jika anda masih kanak-kanak saat drama ini ditayangkan di TV3 suatu masa dahulu, tentu anda lebih fokus kepada botol-botol berisi gula-gula yang berada di kaunter kedai Pak Halim berbanding plot cerita.
Lagu "RAMADAN" nyanyian ORKES AL-WATHAN
"Ramadan bulan yang suci, rahmat berlimpah dari Ilahi, banyakkan amal di bulan ini, banyakkan amal di bulan ini..."
Pernah tak anda rasa jengkel dengar lagu ini di radio tatkala anda sedang bersahur di era 90-an? Sudahlah anda mengantuk dan perlu ke sekolah sejam kemudian, suara penyanyinya yang nyaring dan durasi lagu selama tujuh minit itu menerjah masuk ke dalam gegendang telinga anda.

BACA:
Enam tip kawal lapar ketika bulan puasa

Promosi sepanjang bulan Ramadan
Pilihan pakaian di Aidilfitri
MURTABAK
Murtabak memang hidangan nostalgia unik, kerana hingga kini ia masih menjadi pilihan utama bila berbuka puasa. Mungkin kerana suatu masa dahulu ketika anda masih kecil, murtabaklah makanan yang paling menggiurkan antara semua, dan bila anda dewasa, anda sudah anggap ia satu tradisi.
Jadi jika anda mahu kaya segera di hari raya, juallah murtabak!
Pesanan berbuka puasa dari RIBENA BERRY
Memang ada banyak iklan dan mesej selamat berbuka puasa dari pelbagai produk di televisyen, tapi "Selamat berbuka puasa dari Ribena Berry!" merupakan antara yang paling diingati, malah menjadi antara ayat nostalgia 90-an paling diingati selain "Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka" dan "Sebenarnya Dragon Ball ada tujuh biji semuanya!"
Minyak Attar
Rumah anda, seperti rumah orang lain, tidak mempunyai sebarang bau. Tapi sebaik sahaja bulan puasa menjelma, seluruh rumah berbau minyak Attar pada jam 7.30 malam ke atas. Begitu juga dengan seisi masjid atau surau berdekatan rumah anda.
Tiba-tiba saja di atas meja ada pelbagai jenis minyak atar dengan nama-nama aneh seperti Malaikat Subuh, Marlboro, Cool Water, Sandal Rose atau Seribu Bunga.
Rancangan "MASAK MEMASAK BERSAMA BIRD'S CUSTARD"
"Kita bertemu lagi dalam rancangaaaan, Masak Memasak bersama Bird's Custard!" kata Chef Wan sambil mengepakkan tangannya seperti burung. Kemudian Chef Wan akan menghasilkan beberapa resipi yang memerlukan ramuan wajibnya, tepung kastad dari Bird's Custard.
Anda merayu agar ibu anda mengubah saluran televisyen kerana anda sudah mula terliur melihat masakan yang dibuat, tapi ibu anda sibuk menyalin resipi dengan buku nota di tangan.
Promosi Hari Raya SINGER
SenQ? Harvey Norman? Daiso? IKEA? Living Quarters? Tidak. Suatu masa dahulu semua barangan baru dibeli di Singer, "Menawan Keluarga Bahagiaaa..."
Mesin jahit? Singer. Set dapur? Singer. Set meja makan? Singer. Set ruang tamu? Singer. Tiada siapa di Malaysia di era 90-an yang tidak memiliki walau satu pun produk Singer. Jadi bila Singer adakan Jualan Promosi Hari Raya, berpusu-pusu orang datang membeli.
Promosi Hari Raya KAMDAR
Mungkin ada banyak kedai kain. Kini sudah ada Nagoya dan Jakel. Tapi suatu masa dahulu, kedai kain yang paling terkenal cuma dua. Gulati's, buat mereka yang berduit, dan KAMDAR, buat rakyat marhaen yang ingin tampil bergaya dengan kain Sembilu, kain Tragedi Oktober atau apa saja kain dengan nama-nama filem lakonan Awie dan Erra Fazira ketika itu.
Adakah anda bergaduh dengan adik-beradik anda kerana kain anda dinamakan sempena filem yang laris RM4 juta di pawagam sementara kainnya dinamakan sempena filem lakonan gitaris kumpulan Wings yang kurang laris berbanding vokalisnya? Jangan risau, semua orang pun sama. Jika tidak, tak mengapa. Kerana anak anda mungkin akan bertengkar tentang tudung Yuna dan tudung Najwa Latif pula di era ini.
Apa lagi yang mengingatkan anda tentang puasa di era 90-an?

Tuesday, July 9, 2013

on Leave a Comment

Perempuan Tua Yang Panjang Akal, Guna Patung Seksi Untuk Perlahankan Kenderaan.


Oleh kerana bosan dan geram dengan sikap pemandu yang memandu laju berhampiran rumahnya seorang perempuan tua yang tidak dikenali telah meletak dan mengikat patung berpakaian seksi disebatang pokok berhampiran rumahnya dengan harapan pemandu-pemandu akan memperlahankan kenderaan apabila terpandang patung tersebut.
Mungkin akal orang tua ni telah berjaya memperlahankan pemandu-pemandu gila tersebut, manakan tidak, kalau kitapun bila terpandang perempuan seksi bersandar kat tepi pokok dah tentu kita akan memperlahankan kenderaan........ mungkin taktik ini boleh digunakan dilebuhraya dinegara kita.

on Leave a Comment

Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan

 Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan
Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming (gambar) berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.
Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.

"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.

Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau  sudah memeluk Islam.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.
DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.
Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. - 9 Julai, 2013.

Monday, July 8, 2013

on Leave a Comment

Kuruskan badan dengan tidur berbogel?



6 Jul - Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

BACA:
Adakah tidur pakai bra membahayakan kesihatan?


Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.


busuk

Powered by Blogger.

Followers