Monday, April 27, 2015

on Leave a Comment

Seorang Bapa Bertopengkan Iblis Mer0g0l Anak Gadisnya Ketika Isteri Keluar Rumah !!!


Luluh hati seorang ibu selepas dimaklumkan hasil pemeriksaan doktor mendapati anak tunggalnya itu telah diperk0sa dan paling memeranjatkan perbuatan terkutuk itu adalah angkara suaminya sendiri....

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kanak-kanak enam tahun dan ibunya berusia 50 tahun itu,  kini di tempatkan di rumah perlindungan JKM disebabkan faktor keselamatan sementara kes dalam siasatan....

“Kanak-kanak terbabit memaklumkan dia berasa sakit di bahagian sulit kepada ibunya, namun mangsa tidak menceritakan dia telah dir0g0l bapanya....

“Disebabkan wanita itu tidak sedap hati, dia membawa anaknya ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun pihak klinik telah mencadangkan kepada ibu mangsa supaya merujuk kepada pihak hospital....

“Ketika itu, wanita yang bekerja sebagai tukang sapu itu masih belum tahu apa yang telah terjadi ke atas anaknya sehinggalah dia membawa anaknya ke hospital dan doktor menasihatkannya membuat laporan polis,” katanya....

Manayi berkata, ibu mangsa yang juga warga negara Indonesia turut mendakwa suaminya berusi, 60 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput kerap memukulnya jika berlaku perselisihan faham....

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal JKM, lelaki pemegang status penduduk tetap itu, bertindak melakukan perkara terkutuk ketika isterinya tiada di rumah....

“Kita telah merujuk kanak-kanak terbabit untuk menjalani sesi kaunseling berikutan dia menunjukkan tanda kemurungan dan kurang bercakap,” katanya....

from JUARA SOKMO http://ift.tt/1zg5bB4

0 comments:

Post a Comment

busuk

Powered by Blogger.

Followers