Tuesday, September 17, 2013

on Leave a Comment

Sepasang kekasih maut digilis treler


SEP



Sepasang kekasih yang merancang untuk bertunang hujung tahun ini maut dalam satu kemalangan ngeri apabila digilis treler 28 tayar di Kampung Parit Buah Keras 2, Jalan Temenggong Ahmad, Muar malam semalam.
 
Dalam kejadian pukul 11.05 malam itu, tubuh mangsa, Mohd. Azamudin Ahmad, 18, dari Parit Limbung dan teman wanitanya, Wan Hs Norfatihah Wan Pauzi, 16, dari Parit Bakar, berkecai dan tempurung kepala pecah diseret sejauh kira-kira 40 meter.

Cebisan daging kedua-dua mangsa bertaburan atas jalan raya selain beberapa anggota badan masing-masing putus selepas dilenyek tayar treler berkenaan berikutan pemandunya tidak sedar mangsa tersangkut di bawah kenderaan itu.
 
Kejadian berlaku apabila Mohd. Azamudin yang dalam perjalanan menghantar Wan Norfatihah pulang ke rumah dengan motosikal Honda Ex-5, selepas remaja perempuan itu menamatkan kerja sebagai jurujual di Pasaraya Econsave.

0 comments:

Post a Comment

busuk

Powered by Blogger.

Followers