Sunday, June 30, 2013

on Leave a Comment

pakai tudung tapi telanjang





Dan yang paling tidak boleh dimaafkan....
|
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
v

Sape la punye angkara. Pokok pun kene jugak..

Thursday, June 20, 2013

on Leave a Comment

Berapakah Ketinggian Nabi Adam A.S

Pasti kita tertanya-tanya berapakah ketinggian saiz Nabi Adam a.s atau lebih tepat lagi moyang kepada moyang-moyang kita. Yang pasti kewujudan Nabi Adam A.S adalah permulaan kepada tamadun kehidupan manusia di bumi ini. Gambar-gambar berikut ini diambil di Arab Saudi di mana mereka mengkaji bagaimana saiz ukuran sebenar Nabi Adam A.S.
Sabda Rasulullah SAW :
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”  (HR. Bukhairi).  Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
ketinggian_nabi
Gambaran ketinggian Nabi Adam A.S
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72cm.  Oleh yang demikian,  tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter.  Dianggarkan ketinggian baginda hampir mencapai 30 meter.
Lihatlah replika baju Nabi Adam a.s di bawah ini. Usaha untuk memperlihatkan kepada orang awam tentang ketinggian Nabi Adam, maka kerajaan Arab Saudi  mempamerkan baju yang panjangnya  29 meter dan lebar 9 meter di Jeddah.  Proses menjahit baju khas ini memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya.
gambaran_tggi_nabi
Menjadi tumpuan orang awam untuk melihat ketinggian sebenar Nabi Adam
besar1
gambaran_tggi_nabi
Replika ini dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
Para saintis Amerika Syarikat telah membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang sebelum ini didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.  Namun, daripada kajian yang dilakukan itu  bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka di mana salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan yang diawet.
Oleh itu, walau setinggi-tinggi mana pun manusia itu, segagah-gagah manusia atau sebesar-sebesar mana manusia, perlu diingat bahawa raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.  Renungkanlah…
on Leave a Comment

Bulu kaki tiruan untuk mengelak gangguan seksual

London – Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.
Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.
Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.
Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.
Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.
“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.
“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.
Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.

Tuesday, June 18, 2013

on Leave a Comment

Minah dan Mat Rempit


on Leave a Comment

Bigfoot ditemui di Negeri Sembilan?

Petaling Jaya (The Star / ANN) - Kira-kira 200 tapak kaki seperti Bigfoot telah ditemui di sebuah kampung berhampiran negeri Negeri Sembilan, menyebabkan panik di kalangan penduduk kampung, lapor akhbar bahasa Melayu Harian Metro.

Villager Syrup Adnan, 48, mendakwa beliau menemui tapak kaki tersebut apabila dia membersihkan sampah dan kayu di ladang getah itu pada pukul 3 petang pada hari Sabtu.

"Saya segera memaklumkan kepada orang lain kerana saya takut. Saya memberitahu penduduk kampung yang lain dan kami semua kembali ke kawasan itu.

"Kami menemui 200 tapak kaki yang kira-kira saiz yang sama dan cuba untuk mengikuti mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

"Berdasarkan kepada tapak kaki, kita boleh mengandaikan bahawa makhluk yang mempunyai dua kaki dan berat lebih daripada 100 kilogram," katanya.

Menurut Adnan, pemeriksaan lanjut oleh penduduk kampung mendapati bahawa makhluk itu boleh menuju ke hutan yang berhampiran.

Laporan itu menyatakan bahawa penduduk kampung memutuskan untuk tidak meneruskan makhluk kerana mereka takut.

"Kami akan membenarkan pihak berkuasa mengendalikan ia sebagai binatang yang boleh terancam," kata Adnan.

Monday, June 17, 2013

on Leave a Comment

Anak perempuan Steve Irwin (Crocodile Hunter) pula meninggal


Australia – Anak perempuan mendiang Steve Irwin, Bindi merupakan selebriti terbaru menjadi mangsa terbaru penipuan dalam talian selepas dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan ski di Switzerland.

Berita palsu mengenai kematiannya bermula pada Jumaat lalu dan mula tersebar melalui twitter serta menjadi carian paling popular dalam internet.

Carian tersebut berkait dengan `Steve Irwin daughter’ dan ada juga yang mencari di internet `September 2006 death of her father’.

Hakikatnya, remaja berusia 14 tahun itu masih hidup dan sihat.

Malah pada Khamis, Bindi telah memuat naik video kunjungannya ke Hong Kong bersama dengan mendiang bapanya sebelum ini dan turut memuat naik gambar dalam Instragram dengan perkataan `Unconditional Love’ yang ditulis di atas pasir.

Remaja tersebut menjadi sebutan ramai selepas filem lakonannya `Return to Nim’s Island” telah ditayangkan pada bulan Mac lalu dan DVD filem itu diedarkan pada 21 Mei lalu.

Bindi kini sibuk dengan projek lakonan bersama Discovery Channel dan turut terlibat dalam aktiviti alam sekitar.

April lalu dia mengunjungi Singapura untuk bercakap mengenai hidupan liar.

Steve Irwin yang turut dikenali sebagai The Crocodile Hunter meninggal dunia pada 2006 selepas tertusuk duri ikan pari.

Monday, June 10, 2013

on Leave a Comment

MESTI BACA BAGAIMANA KOMANDO MALAYSIA DIGERUNI KOMANDO CHINA DI KEPULAUAN SPRATLY!!!

Baiklah, dulu ramai orang request supaya saya buat artikel mengenai kepulauan Spartly, bukan saya tidak mahu buat cuma masih banyak maklumat yang saya sedang kumpulkan tetapi akhirnya malas pula nak simpan lama-lama, jadi saya tembak jugalah keluar.
Dua kali saya terlepas trip ke Pulau Layang-layang untuk melawat pengkalan kita yang paling ke hadapan.
Sekali masa 2011 dahulu, di mana rombongan saya tidak mendapat perlepasan dari Kementerian Pertahanan akibat ada bantahan dari China.
Kedua baru-baru ini apabila trip bersama pejabat Menteri Pertahanan dibatalkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat hadiah dari China iaitu sepasang beruang “Panda” pada pertengahan bulan Jun lepas semasa lawatan rasminya ke China.
Pemberian Panda ini merupakan satu signifikan yang penting dalam hubungan persahabatan di antara Malaysia dengan China.
China ini, kalau dia sudah bagi beruang Panda, maknanya oklah tu.
Oleh kerana China sudah menghadiahkan beruang Panda, maka ada harapan untuk Malaysia menyelesaikan masalah tuntutan Spartly dengan China.
Cuma tinggal Vietnam dan Filiphina sahaja, Filiphina ini kira oklah lagi pasal tenteranya lemah tetapi negara ini ibarat api dalam sekam, Vietnam pula ada potensi untuk bertindak ganas.
Anda semua pasti ingat dalam artikel saya yang lepas di mana satu tragedi telah berlaku pada 14 Mac 1988 dulu, di mana habis askar Vietnam mati ditembak sehingga berkecai-kecai kepala dan putus-putus badan oleh mesingan kaliber besar milik tentera laut China.
Apa pun kita sebagai pembaca harus kaji insiden tersebut, China dengan Vietnam ini memang seteru lama dan pernah berperang pada 1979 dalam satu peristiwa yang digelarPerang Sino-Vietnam.
Dalam peperangan pendek tersebut, tentera Vietnam teruk “ditibai” oleh China tetapi dari segi objektif, China sebenarnya tewas kerana gagal mendapat wilayah yang dikehendaki mereka disamping itu tidak berjaya menekan Vietnam keluar dari Kemboja.
Bagi saya kisah batasan negara di Kepulauan Spartly ini lebih hebat dari mana-mana cerita aksi yang pernah saya dengar, ia umpama Perang Dingin di antara Amerika Syarikat(AS) dan Soviet Union.
Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.
Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.
Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.
Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.
Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.
Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.
Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.
Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.
Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.
Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.
Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.
Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.
Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.
Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.
INSIDEN DI STESYEN LIMA
Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil.
Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.
Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.
Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.
Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil.
KEMATIAN MISTERI ANGGOTA TLDM
Ada satu misteri yang timbul, sepanjang kajian saya mengenai Stesyen Lima ini saya ada terhidu kematian seorang anggota TLDM di situ.
Ada macam-macam versi, ada yang katanya, beliau mati dengan kesan kelar di leher dan ada juga yag berkata, beliau mati akibat ditembak.
Jenazah beliau dibawa keluar oleh helikopter Nuri.
Tarikh kejadian tidaklah diketahui tetapi ia mungkin terjadi antara 80an dan 90an dan perbuatan tersebut paling hampir secara teorinya dibuat oleh komando Vietnam tetapi entahlah, kepada sesiapa bekas tentera yang tahu cerita ini, bolehlah mengutarakan kisah sebenar di ruang komen.
RUMAH HANTU DI STESYEN LIMA
Mengikut sahabat saya, Kolonel Josey yang pernah tinggal selama beberapa hari di Stesyen Lima memberitahu, dahulu ada satu rumah papan dibina di hujung landasan.
Tujuan rumah itu dibina tidaklah diketahui tetapi askar-askar kita sering menembak ke arah rumah itu sebagai “target practise” apabila kebosanan tahap maksimun melanda.
Yang anehnya, ada saksi yang melihat, TOK LEBAI pakai Serban selalu berkunjung ke rumah tersebut dan hilang, rumah itu bagaimanapun rasanya sudah tidak ada lagi.
IMPAK KEPULAUAN SPARTLY
So far belum ada mana-mana negara yang mampu menentang China.
Negara paling ok pun Malaysialah…kalau kita lihat seluruh kekuatan udara dan laut kita diguna untuk mengawal dan meningkat kuasa tempur kita di laut.
Dalam kesemua negara di Asia Tenggara ini, aset-aset milik ATM banyak dikhususkan untuk peperangan maritim dan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai pesawat-pesawat maritime strike yang berdedikasi seperti F18 Hornet sebanyak lapan buah.….dan jika perkhabaran yang saya terima ini tepat, pesawat-pesawat baru yang bakal dibeli untuk TUDM mungkin dari Thypoon dan Rafale akan dioptimunkan untuk serangan maritime.
Ada orang kata mustahil untuk kita menentang China, ya mungkin jika kita buat kajian ke atas peperangan Falklands.
Argentina negara yang kuat tetapi akhirnya tewas kepada armada laut British yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan terpaksa belayar beratus-ratus kilometer dari United Kingdom.
Argentina sendiri tewas akibat masalah dalaman, tekanan politik dan ekonominya yang sedang runtuh.
Kalau kita lihat, British tidaklah menyerang dan mengebom Argentina malahan konflik banyak berkisar di perairan Falkland sahaja.
Saya sendiri tidak rasa ruang udara Semenanjung Malaysia akan dihujani dengan peluru berpandu atau kita akan lihat pesawat-pesawat pengebom China terbang di atas ruang udara Putrajaya.
Jika terjadi konflik, ia lebih tertumpu pada kawasan kepulauan Spartly sahaja.... SAMBUNG BACAAN ANDA DI MILITARY OF MALAYSIA
on Leave a Comment

Revolusi permainan video

  1.  ATARI 2006 - Merupakan konsol permainan video tertua yang pernah dihasilkan. Kayu-ria( Joystick) yang digunakan adalah berbentuk sebatang kayu  yang akan digerakkan oleh pemain bagi mengarahkan imej permainan di dalam video. Menggunakan mikropemproses berasaskan perkakas dan juga Read-Only-Memory Kartrij. ATARI ini dihasilkan dalam tahun 1977 dan kini generasi yang pernah lahir pada zaman ini telah pun berusia hampir 50 tahun. (Kategori penggemar permainan video biasanya dalam lingkungan 10 tahun ke atas pada waktu itu dan juga sekarang)
 SPACE INVADER adalah permainan video yang sinonim dengan ATARI. Data yang digunakan bagi pergerakan imej objek adalah data analog, sama seperti kalkulator pada waktu tersebut. Walaupun permainan video seperti ini tidak lagi mendapat perhatian penggemar permainan video, namun permainan video inilah yang mencetuskan revolusi permainan-permainan video yang seterusnya.
2. TV GAME - Generasi konsol permainan video selepas ATARI. Dihasilkan sekitar penghujung tahun 80-an. Konsol ini juga seperti ATARI 2006 iaitu menggunakan kartrij berbentuk cassette tape dan mempunyai lebih banyak pilihan permainan video berbanding ATARI 2006. Data adalah lebih berbentuk digital iaitu penggunaan joystick yang menghantar data secara digital bagi mengarahkan imej di dalam video.
 MARIO BROS adalah permainan video yang sinonim dengan konsol TV GAME ini.
 3. SEGA- Konsol ini mempunyai ciri gerakan dan dimensi objek yang lebih canggih. Juga lebih maju dari segi imej grafik.
 SEGA SONIC merupakan permainan video yang sinonim dengan konsol permainan video SEGA.
 4. SUPER NINTENDO - Konsol ini lebih maju berbanding SEGA. Grafik dan permainan adalah lebih memuaskan.
 DRAGON BALL Z adalah salah satu permainan video yang popular menggunakan konsol Super Nintendo ini.
 5. PLAYSTATION ONE (PS ONE) - Revolusi dari permainan video yang menggunakan kartrij kepada CD-ROM. Grafik yang sangat maju dan pencetus kepada penghasilan Playstation yang seterusnya.
 TEKKEN adalah antara permainan video yang popular oleh PS ONE.
 6. PLAYSTATION TWO - Generasi konsol selepas PS ONE. Mempunyai paparan imej grafik yang lebih tajam berbanding PS ONE. Playstation merupakan pesaing konsol-konsol permainan video terkenal yang lain seperti Nintendo Wii dan X-Box keluaran Microsoft.
 7. PLAYSTATION THREE - Generasi selepas PS TWO. Salah satu permainan video yang terkenal adalah GOD OF WAR 3. Walaupun grafiknya lebih maju berbanding PS TWO, namun grafik di dalamnya adalah bersamaan dengan PLAYSTATION PROTABLE (PSP) yang telah dinaiktarafkan. (upgrade). Inilah kelebihan PSP yang akan diterangkan nanti.

PERMAINAN VIDEO MUDAH ALIH (PORTABLE)

 1. Gameboy - Pengeluarnya adalah NINTENDO. Ciri terawal adalah imej tanpa warna iaitu hitam putih sahaja. Menggunakan kartij mini yang dipasang secara disisip di bahagian belakang Gameboy ini.
 2. Gameboy (COLOR) - Mempunyai warna. Dihasilkan sekitar tahun 1996-1997.
3. Playstation (PORTABLE)- Inilah Playstation mudah alih yang diterangkan sebelum ini. Paparan imej objek di dalam PSP model PSP 2000 sebagai contoh, adalah sama seperti imej di dalam Playstation 3 setelah PSP ini di'upgrade' versi software nya. Contoh grafik permainan yang sama adalah seperti GOD OF WAR 3.

Tuesday, June 4, 2013

on Leave a Comment

Wanita dalam hidup Brad Pitt

Beberapa orang wanita di dalam gambar di bawah memang ada kaitan dengan aktor Brad Pitt. Walaubagaimanapun, sebahagian besar hanyalah gembar-gembur pihak media. Gambar yang hanya menunjukkan hanya seorang wanita di dalamnya adalah yang paling kuat menunjukkan bahawa ianya adalah sekadar gosip.

Ini adalah gambar Brad Pitt dan isterinya, Angelina Jolie. Juga merupakan anak kepada aktor Jon Voight.

Christinna Applegate.
Mungkin sekadar gosip kerana hubungan mereka hanya sebagai rakan sekerja dalam bidang lakonan.

Mereka dikatakan pernah bertunang, namun dikatakan Gwyneth Paltrow belum bersedia untuk  ke peringkat yang seterusnya. Dia kini merupakan isteri kepada penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin dan mereka mempunyai cahaya mata.
Jennifer Aniston juga pernah menjalin hubungan dengan Brad Pitt suatu ketika dulu.

Julliette Lewis, antara kekasih terawal Brad Pitt sebelum Gwyneth Paltrow mahupun Jennifer Aniston.


busuk

Powered by Blogger.

Followers